TUN RAHAH AKAN DIKEBUMIKAN DI MASJID NEGARA

Image

KUALA LUMPUR: Jenazah Tun Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein akan dikebumikan di Masjid Negara.

Anaknya yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah esok untuk pengurusan jenazah.

“Jenazah dibawa pulang ke kediaman arwah bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara,” kata Najib dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Tun Rahah dilaporkan meninggal dunia petang ini di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara. — AlHijrah Online

Leave a Reply