Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TURKIYE TIDAK LULUSKAN KERJASAMA DENGAN ISRAEL DALAM NATO – ERDOGAN

DUNIA

TURKIYE TIDAK LULUSKAN KERJASAMA DENGAN ISRAEL DALAM NATO – ERDOGAN

Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah “tidak boleh diterima,” kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Recep Tayyip Erdogan (AFP)

WASHINGTON: Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah “tidak boleh diterima,” kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis.

“Pentadbiran Israel yang telah melanggar nilai asas pakatan ini tidak boleh terus bekerjasama dengan NATO,” kata Erdogan dalam satu sidang media di Washington selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin NATO.

Pakatan pertahanan itu terdiri daripada 32 anggota dan mengekalkan hubungan dengan banyak negara bukan anggota serta organisasi antarabangsa.

Erdogan menekankan kekejaman Israel di wilayah Palestin yang diduduki terutamanya di Gaza semasa perbincangan di luar sidang kemuncak itu.

“Cubaan kerjasama dengan Israel dalam NATO tidak akan diluluskan oleh Turkiye, sehingga perdamaian dapat diwujudkan di Palestin.

“Adalah penting anggota masyarakat antarabangsa berganding bahu terhadap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin berdasarkan garis sempadan 1967,” katanya.

Erdogan juga menzahirkan kegembiraannya bahawa semakin banyak negara mengiktiraf Palestin dan menggesa negara-negara lain mengemukakan aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Erdogan turut menekankan keperluan untuk memperkukuh kerjasama antara sekutu NATO dalam memerangi keganasan.

Ankara mengharapkan solidariti daripada sekutunya dalam memerangi keganasan, satu daripada dua ancaman utama yang dikenal pasti oleh NATO, kata Erdogan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading