Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TUTUP JALAN UNTUK LUMBA HARAM, PEMPENGARUH PERMOTORAN ANTARA LAPAN DITAHAN

JENAYAH

TUTUP JALAN UNTUK LUMBA HARAM, PEMPENGARUH PERMOTORAN ANTARA LAPAN DITAHAN

Penahanan itu susulan penularan video berdurasi 33 saat yang memaparkan aksi dua penunggang motosikal dipercayai berlumba haram di lebuh raya berkenaan kira-kira 7 pagi. Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 33, susur tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO).

KULAI: Seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu yang dipercayai terbabit dalam video tular kerana menutup jalan bagi memberi laluan kepada perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, trak polis yang membawa kesemua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Kulai pada 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad, berkata kesemua suspek ditahan pada 11.54 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Penahanan itu susulan penularan video berdurasi 33 saat yang memaparkan aksi dua penunggang motosikal dipercayai berlumba haram di lebuh raya berkenaan kira-kira 7 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 33, susur tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO).

Rakaman berkenaan turut memaparkan beberapa individu dipercayai ‘menutup’ jalan di lebuh raya itu bagi memberi laluan kepada perlumbaan.

Suspek juga dilihat membakar mercun bagi meraikan tamatnya perlumbaan, manakala beberapa individu termasuk pempengaruh berkenaan dilihat berada di bahu jalan selepas perlumbaan itu berakhir. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading