Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UKRAINE, RUSIA MUNGKIN DAMAI DALAM TEMPOH SEMINGGU

DUNIA

UKRAINE, RUSIA MUNGKIN DAMAI DALAM TEMPOH SEMINGGU

KYIV: Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai

GAMBAR AFP

KYIV: Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net.

Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak.

Beliau yang juga anggota delegasi Ukraine terhadap rundingan damai dengan Rusia berkata, jika perjanjian dipersetujui kedua-dua pihak, ia akan menjadi penamat kepada konflik Ukraine dan Rusia.

Podolyak pada Rabu berkata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mungkin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dalam masa terdekat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading