UMAT ISLAM JANGAN JAUH MENYIMPANG DARI LANDASAN DITINGGALKAN RASULULLAH
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan umat Islam untuk tidak terlalu jauh menyimpang dari landasan yang ditinggalkan Rasulullah SAW.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan umat Islam untuk tidak terlalu jauh menyimpang dari landasan yang ditinggalkan Rasulullah SAW.
Titah baginda, Nabi Muhammad SAW telah memberi contoh dan model yang cukup sempurna untuk diteladani bersama.
“Baginda telah menerangi kita dengan jalan yang benar lagi adil.
“Marilah kita bangkit bersama dan memberi keutamaan kepada kemaslahatan ummah dengan menjunjung petunjuk dan tauladan yang telah diwasiatkan oleh seorang insan yang paling sempurna dan mulia,” titah Al-Sultan Abdullah pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Dalam majlis itu, baginda turut menitahkan pemimpin negara mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi konsep pentadbiran berasaskan tadbir urus baik, politik, ekonomi, keselamatan dan keadilan.
Titah Al-Sultan Abdullah, Rasulullah mengajar setiap pemimpin menetapkan niat yang betul selain berlaku jujur dalam menjalankan amanah dan meletakkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT sebagai pegangan utama.
“Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah yang sentiasa dalam ruang lingkup ikatan perjanjian antara manusia dengan penciptaNya.
“Maka setiap apa yang dilakukan pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar menjaga kemaslahatan ummah,” titah Seri Paduka
Al-Sultan Abdullah bertitah Rasulullah menuntut hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat berasaskan kepada sikap kasih sayang dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.
Titah Seri Paduka, pemimpin dan rakyat wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan Kerajaan Madinah di bawah pentadbiran Rasulullah SAW adalah kerana kekuatan sosiopolitik yang menjamin hak dan keadilan warga, keberkesanan penyatuan ummah dan pembangunan ekonomi yang dinamik.
“Baginda (Rasulullah SAW) mengutamakan kepentingan ramai berbanding individu. Baginda tidak memperjuangkan agenda sempit sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan ummah,” titah Al-Sultan Abdullah.
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2023 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan enam Anugerah Maulidur Rasul.
Enam penerima Anugerah Maulidur Rasul, bagi kategori Ikon Sains dan Peradaban adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizah Baharudin; Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) Penyiaran Televisyen TV3 & TV9 Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam) dan Pengerusi Yayasan Zikay Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam).
Turut menerimah anugerah itu tahun ini ialah selebriti Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan dan Chee Hoi Lan (Ikon Ibu Sejati Keluarga Malaysia) atas jasa dan tanggungjawab menjaga, membesar dan mendidik anak angkat beragama Islam.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba kira-kira 9.40 pagi dan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad serta menteri-menteri Kabinet selain ratusan hadirin. – AlHijrah Online
Sumber: Bernama
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests