Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNDANG-UNDANG LARANG KANAK-KANAK ISLAM BERHIJAB DIBATALKAN MAHKAMAH AUSTRIA

DUNIA

UNDANG-UNDANG LARANG KANAK-KANAK ISLAM BERHIJAB DIBATALKAN MAHKAMAH AUSTRIA

Sumber Gambar : Ina FASSBENDER / AFP

VIENNA: Mahkamah Austria memutuskan untuk membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab, semalam.

Christoph Grabenwarter yang juga Ketua Mahkamah Perlembagaan di Austria mengatakan larangan itu melanggar kesetaraan serta hak untuk kebebasan beragama.

Tambahannya, undang-undang tersebut hanya menyasarkan kepada pelajar Islam dan boleh menyebabkan diskriminasi dalam sistem pendidikan.

Peluang pendidikan bagi pelajar perempuan Islam akan menjadi terhad, yang menyebabkan mereka dikeluarkan dari masyarakat.

Undang-undang tersebut diluluskan semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini pada tahun 2019.

Pada masa yang sama, mahkamah menegaskan undang-undang itu boleh menyebabkan stigmatisasi serta diskriminasi terhadap orang Islam dalam masyarakat.

Mahkamah membatalkan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana tidak mematuhi prinsip ketidakberpihakan dalam perlembagaan.

Dalam masa yang sama, dengan pembatalan undang-undang ini dapat melindungi kanak-kanak perempuan Islam daripada tekanan sosial.

Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung.—AlHijrah Online / Anadolu


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading