SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TERBAKAR

ALOR SETAR: Sebuah stor simpanan barang di sebuah sekolah Pendidikan Khas terbakar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (I) Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 9.57 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan pasukan BBP Alor Setar dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Sebaik tiba di tempat kejadian, asap tebal dan api marak dilihat di dalam stor menyimpan barang di bangunan dua tingkat sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, anggota bomba berjaya memadamkan api 20 minit kemudian.

Katanya, mujur ketika kejadian semua pelajar cuti hujung minggu dan hanya beberapa orang guru dan pengawal keselamatan yang berada di sekolah tersebut.

Mohamadul Ehsan berkata, kebakaran tersebut memusnahkan lebih 70 peratus stor berkenaan.

Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.—AlHijrah Online

Leave a Reply