BAGAN SERAI: Kerajaan tidak akan bersifat pilih kasih dalam pemberian vaksin COVID-19, sebagaimana dakwaan segelintir pihak kononnya golongan berkedudukan dan kaya diutamakan dalam pemberian itu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sebaliknya berkata, keutamaan akan ditumpukan kepada petugas barisan hadapan apabila produk imunisasi keluaran Pfizer boleh digunakan nanti.
Ujar Datuk Noor Azmi, warga emas dan pesakit kronik juga antara yang diutamakan kerana kelompok terbabit mempunyai sistem imun yang lebih rendah dan sangat berisiko untuk dijangkiti, serta lebih mudah mengalami gejala COVID-19 seperti demam, batuk serta kegagalan pernafasan.
“Ianya salah sama sekali, keutamaannya lebih kepada frontliners dan seterusnya mereka yang menghadapi penyakit kronik.
“Kita akan utamakan kumpulan tersebut dan seterusnya baru orang lain,” kata Noor Azmi selepas program Back To School anjuran Muslim Braders, pagi tadi.
Tambahnya, vaksin daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer Inc itu hanya boleh diguna pakai selepas didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.
“Setakat ini masih belum menerima sebarang dokumen daripada syarikat farmaseutikal terbabit untuk penilaian pendaftaran dan pengujian produk.”
Beliau mengulas saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya akses vaksin itu diselenggara dengan baik bagi mengelak kemungkinan wujud jurang penerimaan imunisasi itu dalam kalangan mereka yang berada di luar bandar dan golongan yang tidak mampu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan Malaysia akan mendapatkan bekalan awal vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia secara percuma.
Melalui perjanjian yang dibuat, Pfizer akan menghantar satu juta dos bagi suku pertama 2021, dan disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta pada suku tahun ketiga dan 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.—AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager