UNDANG-UNDANG SYARIAH TERENGGANU MASIH BOLEH DAKWA LELAKI GODA ISTERI ORANG
Meskipun Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang, lelaki Islam di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan atas perbuatan itu di bawah undang-undang jenayah syariah negeri berkenaan.
KUALA TERENGGANU: Meskipun Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang, lelaki Islam di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan atas perbuatan itu di bawah undang-undang jenayah syariah negeri berkenaan.
Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 jika melakukan perbuatan itu.
“Sistem perundangan syariah adalah berbeza dengan undang-undang sivil kerana isteri dianggap milik suami sepenuhnya dan berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri.
“Menurut enakmen tersebut, mahkamah syariah boleh mengarahkan wanita terbabit kembali patuh kepada suaminya manakala tertuduh lelaki, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu Siri 2/2023 kepada 21 ibu tunggal di sini hari ini.
Bagaimanapun Wan Mohd Zakri berkata setakat ini, Mahkamah Syariah di Terengganu belum merekodkan sebarang kes pendakwaan berhubung jenayah itu.
Dianggap sebagai tidak berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas mendapati ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan yang merujuk persoalan berhubung perkara tersebut iaitu sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests