Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI MESTI DIHENTIKAN DI GAZA – KETUA WHO

DALAM NEGARA

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI MESTI DIHENTIKAN DI GAZA – KETUA WHO

LONDON: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menegaskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza mesti dihentikan di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000 orang.

“Saya telah kehilangan kiraan berapa kali saya berfikir konflik di Gaza tidak boleh menjadi lebih mengerikan. Tetapi ia telah berlaku lagi,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beliau berkata jumlah mangsa yang terbunuh di wilayah yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah “mengerikan” dan “mempersendakan umat manusia.”

“Kengerian itu tidak berkesudahan bagi mereka yang terperangkap dalam apa yang telah menjadi neraka di bumi,” kata Tedros.

Ketua WHO berkata secara purata kira-kira 300 orang terbunuh setiap hari di wilayah yang dikepung itu.

Beliau berkata sistem penjagaan kesihatan di Gaza semakin teruk apabila hanya sembilan daripada 36 hospital di wilayah itu berfungsi dengan tiada satu pun yang beroperasi di utara Gaza.

“Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan. Kami memerlukan #CeasefireNOW,” kata Tedros.

Konflik antara Israel dan Hamas sejak 7 Okt meragut nyawa lebih 20,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan pengusiran secara paksa penduduk dan kemusnahan besar-besaran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading