INDIVIDU GANGGU RUMAH TANGGA MASIH BOLEH DIDAKWA DI MAHKAMAH SYARIAH
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang sebagai tidak berperlembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar – Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang sebagai tidak berperlembagaan.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik dan semua pihak diseru menghormati keputusan tersebut.
Pun begitu Mohd Na’im menjelaskan tindakan menganggu isteri orang adalah bertentangan dengan hukum syarak dan mereka yang melakukan kesalahan itu masih boleh didakwa di Mahkamah Syariah.
“Jika dilihat daripada aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha untuk meruntuhkan rumah tangga.
“Selaras dengan hukum syarak ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan selaras dengan hukum syarak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, Seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
“Peruntukan-peruntukan ini secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras dengan kehendak syarak,” katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak menjejaskan peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya agensi-agensinya untuk terus melaksanakan program-program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
“Seluruh umat Islam terutama para suami dan isteri diseru untuk bersama-sama berganding bahu bagi melaksanakan kewajipan masing-masing serta saling memperkukuh institusi keluarga. Masing-masing mempunyai kewajipan tersendiri untuk membangunkan keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah.
“Semua pihak juga adalah dipohon supaya saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran agama Islam,” katanya.
Tambahnya agensi-agensi agama bersama pertubuhan Islam dan pengurusan masjid adalah diseru untuk memperhebatkan program-program pendidikan kepada masyarakat bagi menghayati kepentingan keutuhan sesebuah keluarga demi kehidupan yang sejahtera.
Mahkamah Persekutuan pada 15 Disember lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas mendapati ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan yang merujuk persoalan berhubung perkara tersebut iaitu sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked