Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKTU SOLAT SUBUH BERUBAH MULAI ESOK

DALAM NEGARA

WAKTU SOLAT SUBUH BERUBAH MULAI ESOK

SHAH ALAM: Waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan negeri Selangor berubah dengan tambahan masa selama lapan minit dari waktu semasa.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

Katanya, perubahan itu hendaklah dibuat mulai waktu solat Subuh esok.

“Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor,” kata kenyataan itu.

Waktu solat terkini bagi tahun 2020 /1441H-1442H bagi negeri Selangor boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor di http://www.muftiselangor.gov.my — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading