WANITA BUAT KANDUNGAN BERUNSUR LUCAH, MENTERI AGAMA ARAH JAKIM BUAT LAPORAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar — fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan berhubung seorang wanita menjadi pentadbir akaun Telegram yang mempunyai kandungan lucah dan tidak bermoral.

Menterinya, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, susulan itu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga telah mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tegas Mohd Na’im, terdapat perkara yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka termasuk bab perhubungan intim suami isteri.

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu,”(HR Bukhari).

“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” katanya.

Sebelum ini, tular isu seorang wanita aktif memuat naik kandungan yang berunsurkan seksual, membuka aib pasangan dan terbuka berkongsi mengenai hubungan kelamin di media sosial.

Individu itu turut membuka satu akaun Telegram bagi berkongsi tips hubungan intim dan tindakan itu mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai.–AlHijrah Online

One comment

  • Yaakob Baharom

    salam, bagaimana dgn akaun yg mengiklankan perkhidmatan seks yg dah begitu banyak di telegram yg kerap masuk dlm grup jualbeli telegram tanpa segan silu ????

Leave a Reply