Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

160 PETUGAS HAJI MALAYSIA TERMASUK DUA KREW TV ALHIJRAH BERLEPAS KE TANAH SUCI

DALAM NEGARA

160 PETUGAS HAJI MALAYSIA TERMASUK DUA KREW TV ALHIJRAH BERLEPAS KE TANAH SUCI

KUALA LUMPUR: Seramai 160 petugas haji Lembaga Tabung Haji (TH) musim haji 1444H/2023M termasuk dua kakitangan TV AlHijrah berlepas ke tanah suci hari ini bagi membuat persediaan awal untuk menyantuni jemaah haji Malaysia.

Petugas haji yang berangkat pada hari ini terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar serta media.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata seramai 670 petugas haji akan digerakkan secara berperingkat ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji tahun ini.

Beliau berkata daripada keseluruhan petugas haji, 340 daripadanya adalah petugas kebajikan, petugas perubatan (296) manakala baki 34 petugas lagi adalah daripada agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta media tempatan.

“Semua petugas digerakkan secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan 160 petugas haji termasuk media ke tanah suci di sini hari ini.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula pada 21 Mei ini manakala penerbangan pulang terakhir adalah pada 1 Ogos depan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading