CUACA PANAS: PERAK AKAN ADAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA – JAIPk
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di Perak supaya mengadakan solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di Perak supaya mengadakan solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata arahan itu mungkin dikeluarkan esok atau dalam masa terdekat.
“Kita akan buat (solat sunat Istisqa) dalam masa terdekat sebab kita tengok awan ada nampak nak hujan pula, tetapi insya-Allah kita akan buat.
“Mungkin kita arahkan hari esok, esok saya akan keluarkan surat mungkin Selasa, Rabu kalau masih lagi cuaca begini (panas) kita akan teruskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 JAIPk bersama Persatuan Cina Muslim Ipoh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Perak akan mengadakan solat sunat istisqa atau solat sunat meminta hujan ekoran cuaca panas ketika ini.
Pada 10 Mei, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak, antaranya melibatkan Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.
Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut
Sementara itu, ditanya mengenai ajaran meragukan di sebuah banglo lama terbiar di Bagan Serai, Harith Fadzilah berkata JAIPk akan segera bertindak sekiranya menerima laporan berlakunya perkara tersebut.
“Setakat ini masih belum menerima apa-apa laporan, tetapi jika betul kejadian itu berlaku kita akan bertindak segera. Tindakan seterusnya kita akan buat siasatan, lepas itu baru kita akan kenal pasti adakah ajaran itu meragukan atau sebaliknya.
“Kita akan tengok bagaimana acara ajaran itu berjalan sebab kita akan buat kertas (laporan) untuk bawa ke jawatankuasa fatwa yang akan memutuskan sama ada ajaran itu sesat atau tidak,” katanya.
Harith Fadzilah berkata sekiranya didapati ajaran itu bertentangan dengan agama Islam, JAIPk akan mengangkat perkara itu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk digazetkan atau diwartakan sebagai ajaran yang meragukan.
Pada 3 Mei, media melaporkan sebuah banglo lama yang terbiar di Bagan Serai dipercayai dijadikan tempat menjalankan aktiviti pemujaan nombor ekor oleh pihak tidak bertanggungjawab. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.