Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA CEDERA DI KEPALA, KERETA TERBABAS KE DALAM LONGKANG

DALAM NEGARA

WANITA CEDERA DI KEPALA, KERETA TERBABAS KE DALAM LONGKANG

Seorang wanita cedera di bahagian kepala selepas kereta dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang, dalam kejadian di Seksyen 18, di sini petang tadi.

SHAH ALAM: Seorang wanita cedera di bahagian kepala selepas kereta dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang, dalam kejadian di Seksyen 18, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.41 petang berhubung kejadian melibatkan mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi.

Katanya, kejadian berlaku disebabkan pemandu tersebut hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya termasuk ke dalam longkang.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala namun berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading