Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA HIDAP KANSER ANTARA 16 RAKYAT PALESTIN DITAHAN ISRAEL DI TEBING BARAT

DUNIA

WANITA HIDAP KANSER ANTARA 16 RAKYAT PALESTIN DITAHAN ISRAEL DI TEBING BARAT

Penahanan itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang ditahan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt lepas kepada 4,520 orang, menurut kumpulan tahanan Palestin.

Sumber gambar: AFP

RAMALLAH: Seorang wanita yang menghidap kanser adalah antara 16 rakyat Palestin yang ditahan tentera penceroboh Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu.

Penahanan itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang ditahan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt lepas kepada 4,520 orang, menurut kumpulan tahanan Palestin.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan wanita itu dikenali sebagai Faten Majed Masalmeh, 21, berasal dari Gaza tetapi kini berkahwin dan menetap di Tebing Barat.

Beliau ditahan di pusat pemeriksaan tentera di selatan bandar Nablus, utara Tebing Barat selepas mendapatkan rawatan perubatan.

Menurut suaminya yang berada di lokasi kejadian, isterinya dipercayai ditahan kerana berasal dari Gaza, walaupun menetap di Tebing Barat sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata tentera tidak membenarkan Faten membawa ubatnya bersamanya.

Kumpulan tahanan Palestin berkata yang lain ditahan di Bethlehem, Jericho, Tulkarm, Ramallah, Hebron, dan Baitulmaqdis. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading