Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN JURUKAMERA: AL JAZEERA AKAN FAIL ADUAN KEPADA ICC

DUNIA

KEMATIAN JURUKAMERA: AL JAZEERA AKAN FAIL ADUAN KEPADA ICC

Al Jazeera mengumumkan pihaknya akan memfailkan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kematian jurukamera Samer Abu Dhaka yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Wartawan Al-Jazeera Wael Al-Dahdouh menangisi kematian jurukamera Al Jazeera Samer Abu Dhaka, yang terbunuh semasa pengeboman Israel, semasa pengebumiannya di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 16 Disember 2023. –foto AFP

GAZA/LONDON: Al Jazeera pada Sabtu mengumumkan pihaknya akan memfailkan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kematian jurukamera Samer Abu Dhaka yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Agensi berita yang berpangkalan di Qatar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sepasukan peguam dan pakar akan menyediakan laporan berkaitan pembunuhan Abu Dhaka dan menyerahkannya kepada ICC, lapor Agensi Anadolu.

Laporan itu juga akan merangkumi serangan ke atas kakitangan Al Jazeera yang bekerja di wilayah Palestin.

Abu Dhaka dan Wael ed-Dahduh cedera dalam serangan Israel pada Jumaat berhampiran Sekolah Ferkhane di Khan Younis yang menjadi tempat penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung.

Menurut laporan, ambulans dilarang memasuki kawasan Sekolah Ferkhane manakala pasukan pertolongan cemas tidak dapat memasuki kawasan terbabit yang dikepung tentera penceroboh Israel.

Pasukan perubatan telah dinafikan akses selama berjam-jam ke lokasi petugas media itu terbaring berlumuran darah.

Televisyen Al Jazeera kemudiannya mengumumkan bahawa Abu Daqqa telah meninggal dunia manakala sumber memaklumkan tiga anggota pertahanan awam yang ingin membantu mangsa terperangkap di sekolah itu turut terbunuh.

Sementara itu, Ahli Parlimen bebas Britian Claudia Webbepada Sabtu mengemukakan aduan kepada ICC yang menggesa penyiasatan dan perbicaraan bagi jenayah perang Israel ke atas Gaza.

Webbe pada sidang Parlimen berkata aduan itu merangkumi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel mengakibatkan kematian lebih 20,000 orang awam dengan sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak dan ramai lagi cedera, katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading