Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT KETIKA AKTIVITI LUNCUR UDARA

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT KETIKA AKTIVITI LUNCUR UDARA

Keseronokan dua lelaki warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas, petang semalam.

BACHOK: Keseronokan dua lelaki warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.50 petang, lelaki yang berusia 60 tahun maut manakala rakannya, yang merupakan pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh kedalam laut di Pantai Irama, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua-duanya dipercayai rakan sekampung.

Mohd Khairi berkata, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari Menara APM di pantai berkenaan.

“Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum terjatuh ke dalam laut.

“Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamat salah seorang mangsa,” jelasnya ketika dihubungi.

Walaubagaimanapun salah seorang daripada dua lelaki berkenaan tenggelam dan dijumpai pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Mayat lelaki yang lemas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, segala maklumat lanjut berhubung kejadian berikut akan dimaklumkan kemudian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading