Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAHYA SINWAR DILANTIK SEBAGAI KETUA POLITIK HAMAS BAHARU

DUNIA

YAHYA SINWAR DILANTIK SEBAGAI KETUA POLITIK HAMAS BAHARU

“Pilihan Hamas terhadap Sinwar sebagai pemimpinnya menghantar mesej dengan implikasi penting yang ditujukan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”

Sumber Gambar: AFP

BANDARAYA GAZA: Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharunya.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran berikutan kehadirannya pada majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkannya dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, Anadolu Agency (AA) melaporkan pada hari Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, tetapi Tel Aviv Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Sami Abu Zuhri, seorang pegawai kanan Hamas, memberitahu AA, “Pilihan Hamas terhadap Sinwar sebagai pemimpinnya menghantar mesej dengan implikasi penting yang ditujukan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading