PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.
Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. — Bernama
PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.
Pengarah Pendakwaan Selangor Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada Majistret Muhammad Iskandar Zainol bahawa pihaknya turut memohon supaya Muhammad Yasin, 47, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kesalahan itu dan dia akan dituduh dengan dua pertuduhan baharu.
Peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff yang mewakili Muhammad Yasin tidak membantah permohonan itu.
Muhammad Iskandar kemudian melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Muhammad Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.
Sementara itu, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baharu.
Dia didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat, dia juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.
Muhammad Yasin dituduh melakukan perbuatan itu di kediamannya pada 5.30 petang, 24 Mac lepas dan pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, di mahkamah sama, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya pada tarikh dan masa sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Permohonan ikat jamin terhadap Muhammad Yasin yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, bagi ketiga-tiga pertuduhan itu akan didengar pada 22 Ogos ini.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Yasin berkata beliau lega selepas pertuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati ditarik balik.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada, dan saya amat bersyukur. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager