MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD BAKAL JADI LOKASI PROGRAM SINGGAH KL
KUALA LUMPUR: Masjid tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, yang dibina pada 1909, bakal menjadi antara lokasi baharu dalam program lawatan berpandu sehari “Singgah KL” anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah (kanan) menandatangani plak Perasmian Galeri Sultan Abdul Samad di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. — Bernama
KUALA LUMPUR: Masjid tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, yang dibina pada 1909, bakal menjadi antara lokasi baharu dalam program lawatan berpandu sehari “Singgah KL” anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata program bermatlamat mempromosi seni bina bandar yang diperkenalkan sejak 2017 itu bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan selain memperkenalkan bangunan ikonik di ibu negara kepada orang ramai.
“Selain lokasi masjid ini yang sangat strategik, kita bukan sahaja mahu membangunkan masjid sebagai syiar Islam tetapi juga berfokus untuk menjadi tarikan pelancong terbuka kepada semua bangsa dan agama.
“Jadi, kita hendak memperindahkan lagi masjid itu agar ia dapat membentuk satu struktur yang ikonik dari semua aspek termasuk keindahan, kebersihan sistem pencahayaan dan kualiti penyelenggaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Sultan Abdul Samad, di masjid berkenaan di sini hari ini.
Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.
Galeri Sultan Abdul Samad dilengkapi dengan kemudahan terkini penyampaian maklumat berkaitan sejarah penubuhan, perkembangan dan peranan masjid serta menyediakan informasi dakwah kepada pengunjung terutamanya pelancong bukan Islam dari dalam dan luar negara.
Mahadi berkata Galeri Sultan Abdul Samad siap dibina sepenuhnya pada 2019 oleh DBKL dengan menggunakan pembiayaan yang diperoleh daripada kerajaan pusat, melalui program Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).
“Program NKEA merupakan satu projek konservasi yang turut melibatkan projek menaik taraf bangunan masjid, menambah pencahayaan bangunan, dan juga pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
“Saya percaya, galeri ini akan menjadi nilai tambah kepada sektor pelancongan ibu negara dikuatkan lagi dengan sempurnanya projek ‘River of Life’ (RoL) di kawasan persekitaran masjid,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager