KEDAH TANGGUNG BAYAR SEWA PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR BALING
Kerajaan negeri Kedah akan menanggung sepenuhnya bayaran sewa untuk penempatan sementara selama enam bulan bagi penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir dan kepala air yang berlaku di daerah ini petang kelmarin.
BALING: Kerajaan negeri Kedah akan menanggung sepenuhnya bayaran sewa untuk penempatan sementara selama enam bulan bagi penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir dan kepala air yang berlaku di daerah ini petang kelmarin.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat ini 15 rumah penduduk mengalami kerosakan teruk sehingga tidak boleh didiami lagi termasuk hanyut dibawa arus deras dalam bencana itu.
“Kerajaan telah memutuskan menyediakan penempatan sementara bagi keluarga yang hilang tempat tinggal selama enam bulan. Kami akan sewa rumah untuk mereka tempatkan keluarga dan barangan yang sempat diselamatkan. Kerajaan (negeri) akan bayar sewa itu,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Baling di sini hari ini.
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk membantu membina semula rumah baharu kepada penduduk yang kehilangan kediaman itu namun terdapat kekangan dari segi tiada pemilikan geran tanah sebagai pemilik sekali gus memerlukan tapak baharu untuk pembinaan rumah baharu.
“Tinggal lagi kebanyakan rumah hanyut di pinggir sungai adalah rumah yang didirikan atas tanah rizab (sungai) yang tiada hak milik. Jadi, bila kerajaan nak buat balik, tak boleh (sebab) buat di tanah rizab. Kena ada tanah milik.
“Kalau mereka ada tanah milik tempat lain lebih mudah. Kalau mereka tiada tanah nak kena cari tapak dulu lagi lambat. Harap dapat selesaikan dengan cepat,” katanya yang juga memberitahu terdapat 12 kampung terdiri daripada 627 penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir itu.
Selain itu, beliau berkata sehingga ini sejumlah 14 rumah dilaporkan rosak yang memerlukan pembaikan besar manakala jumlah rumah yang mengalami kerosakan kecil masih sedang dianalisa.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata pergerakan sukarelawan yang datang untuk misi bantuan dipusatkan di Bilik Gerakan untuk memastikan pelaksanaan bantuan itu sampai kepada semua penduduk kampung yang terjejas akibat bencana berkenaan.
Beliau turut memaklumkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat membantu mangsa banjir itu dengan jumlah yang agak besar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.