Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA LADANG PATAH KAKI DIPIJAK GAJAH LIAR

DALAM NEGARA

PEKERJA LADANG PATAH KAKI DIPIJAK GAJAH LIAR

Seorang pekerja ladang dilaporkan luka dan patah pergelangan kaki kiri selepas dipijak gajah liar di Ladang Semantan Mentakab,Temerloh bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul semalam.

KUANTAN: Seorang pekerja ladang dilaporkan luka dan patah pergelangan kaki kiri selepas dipijak gajah liar di Ladang Semantan Mentakab,Temerloh bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Rozidan Md Yasin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 55 tahun telah menghubungi penolong pengurus ladangnya untuk memaklumkan insiden berkenaan.

Sejurus itu, beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, anggota Perhilitan telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada 4.15 petang semalam dan menemukan kesan tapak gajah liar yang dianggarkan sebanyak tujuh ekor selain sepasang kasut dan topi milik mangsa.

“Perhilitan sedang memantau situasi pergerakan gajah ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading