150 SEKOLAH AGAMA JOHOR KRITIKAL, PERLU DIBAIK PULIH SEGERA – EXCO
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sekolah dikategorikan kritikal itu antaranya mengalami masalah pendawaian, bumbung dan tandas sekolah.
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 150 sekolah agama kerajaan negeri di Johor dikategorikan sebagai sekolah kritikal dan perlu dibaik pulih segera, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sekolah dikategorikan kritikal itu antaranya mengalami masalah pendawaian, bumbung dan tandas sekolah.
“Pada tahun ini sebanyak 50 sekolah agama dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta bagi maksud baik pulih sekolah telah dijalankan, manakala baki 100 sekolah yang belum dibaik pulih akan dilaksanakan pada tahun depan dengan peruntukan RM12 juta, hasil kerjasama kerajaan negeri dengan pelbagai agensi termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ).
“Kerajaan negeri menerima permohonan bagi penyelenggaraan antara 150 hingga 200 sekolah daripada keseluruhan 583 sekolah agama di negeri ini dengan setiap permohonan ini akan dinilai mengikut kategori kritikal dan tidak kritikal,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) pada persidangan itu di Kota Iskandar, di sini.
Jefridin ingin mengetahui usaha kerajaan negeri meningkatkan kemudahan di sekolah agama kerajaan negeri yang kebanyakannya didapati usang dan tidak diselenggara dengan baik.
Mohd Fared (BN-Semerah) berkata tahun ini, kerajaan negeri menerusi MAINJ memperuntukkan RM2.5 juta untuk menggantikan 9,370 perabot termasuk meja dan kerusi pelajar serta meja dan kerusi kantin melibatkan 158 sekolah.
Bagi menjawab soalan lisan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai penjawatan guru sekolah agama, Mohd Fared berkata setakat ini terdapat kekosongan penjawatan 658 waran bagi gred DG29 dan 74 waran bagi gred DG41.
“Kerajaan negeri akan melantik seramai 300 guru Sekolah Agama Kerajaan Johor gred DG29 berstatus tetap dan akan diproses penempatannya pada tahun depan, manakala 295 guru gred DG29 berstatus kontrak pula akan dilantik pada tahun depan,” tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor telah memperuntukkan sebanyak RM22.6 juta bagi membantu 54,365 orang daripada golongan kurang bernasib baik bulan lepas.
Khairin-Nisa (BN-Serom) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Fauziah Misri (BN-Penawar) mengenai jumlah bantuan yang telah disalurkan kerajaan negeri kepada penerima bantuan JKM. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager