BUKIT AMAN SIASAT PENGGUNA TIK TOK TAWAR RM5 JUTA BUNUH PM
Terdahulu tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video tersebut sudah dipadamkan.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Beliau berkata maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video tersebut sudah dipadamkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan berhubung video ugutan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 1.43 tengah hari tadi.
“Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau,” katanya dalam sidang media di luar Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Muhammad Kamil menggesa polis untuk segera menjalankan siasatan lanjut dan bertindak tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keselamatan serta keharmonian.
Beliau juga khuatir sekiranya perkara itu dibiarkan lebih ramai individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya membuat kenyataan menghasut orang awam untuk membuat ancaman bunuh dan mencetuskan budaya ekstremis. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager