18 MAUT NAHAS JALAN RAYA DI PAPUA BARAT INDONESIA

Sumber Gambar: AFP

JAKARTA: Seramai 18 penumpang maut manakala empat lagi parah dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah lori di wilayah timur Papua Barat Indonesia pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut pegawai penyelamat daerah Manokwari, Muhammad Khairul Basyar, nahas berlaku pada 3 pagi waktu tempatan ketika lori membawa 29 penumpang menuruni bukit di daerah kecil Minyambouw, Pergunungan Arfak.

“Lori itu hilang kawalan sebelum melanggar lereng bukit, mengakibatkan 13 maut di tempat kejadian manakala lima mangsa meninggal dunia di hospital, dan empat lagi parah,” katanya ketika dihubungi.

Tujuh lagi penumpang terselamat. 

Lori itu dalam perjalanan menuju ke daerah Manokwari dari Anggi.–AlHijrah Online

Leave a Reply