Connect with us

ALHIJRAH NEWS

18 STRUKTUR HARAM DI SETIAWANGSA DIROBOHKAN DBKL

UTAMA

18 STRUKTUR HARAM DI SETIAWANGSA DIROBOHKAN DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 18 struktur yang dibina tanpa kebenaran di rizab jalan awam berhampiran Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa, semalam.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 18 struktur yang dibina tanpa kebenaran di rizab jalan awam berhampiran Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa, semalam.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Tindakan perobohan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, manakala dua tindakan sitaan turut diambil mengikut Seksyen 46(1)(d) akta yang sama.

“DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan atas rizab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai serta menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran di Facebook DBKL hari ini.

Orang ramai yang ingin mengemukakan aduan atau maklum balas boleh berbuat demikian menerusi saluran rasmi DBKL. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading