Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KESELAMATAN PELARIAN MYANMAR DIUTAMAKAN SEBELUM DIHANTAR PULANG

UTAMA

KESELAMATAN PELARIAN MYANMAR DIUTAMAKAN SEBELUM DIHANTAR PULANG

Malaysia tidak mahu dianggap sebagai negara yang mengabaikan nilai kemanusiaan dengan menghantar pulang pelarian sekiranya nyawa dan keselamatan mereka masih terancam.

SEREMBAN: Malaysia memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pelarian Myanmar akan menjadi keutamaan sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia tidak mahu dianggap sebagai negara yang mengabaikan nilai kemanusiaan dengan menghantar pulang pelarian sekiranya nyawa dan keselamatan mereka masih terancam.

“Kita mahu ada jaminan keselamatan terhadap mereka yang dihantar pulang ini,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk pada Program Ziarah Kasih di Taman Pinggiran Senawang, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Myanmar bagi mewujudkan kawasan khas di Rakhine sebagai penempatan bagi pelarian yang dihantar pulang.

Menurutnya, kerjasama antara Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat penting bagi menyemak serta mengesahkan status pelarian selain menilai tahap keselamatan mereka.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Myanmar bersedia membawa pulang 5,000 rakyatnya yang berada di Malaysia menggunakan kapal.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ASEAN memandang serius isu pelarian Myanmar dan menganggap ia perlu ditangani secara bersama oleh semua negara anggota.

Beliau turut menegaskan bahawa Konsensus Lima Perkara (5PC) perlu terus dijadikan asas dalam usaha menangani krisis di Myanmar.

Malaysia juga bersedia memulakan proses penghantaran pulang pelarian secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada individu yang telah dikenal pasti status mereka.

“Saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Luar berhubung dengan kerajaan Myanmar melalui kedutaan mereka supaya membawa mereka pulang secara berperingkat.

“Tidak perlu menunggu hingga 5,000 orang… kalau sudah dikenal pasti 1,000 orang boleh dihantar balik,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading