200 PELAJAR NIKMATI PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT RAHMAH
“Terima kasih kepada pihak masjid yang memahami bebanan ibu bapa terutamanya mempunyai anak ramai. Program seperti ini sangat membantu kami ibu bapa B40 yang rata-ratanya berpendapatan rendah serta berdepan kos hidup tinggi ketika ini.
Beberapa pelajar sekolah di sekitar Bandar Lama tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma menjelang sesi persekolahan 2023 ketika tinjauan di sebuah kedai gunting rambut di sini. –fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Kurang tiga hari bermula sesi persekolahan 2023 yang baharu, 200 murid dan pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma di Masjid Razaleigh, Bandar Lama, di sini semalam.
Mereka yang berumur lima hingga 17 tahun berkenaan menikmati perkhidmatan yang mendukung Konsep Payung Rahmah saranan kerajaan, juga merupakan kerjasama antara pihak masjid dan kedai gunting rambut Brojaa Barber Shop bermula 8 pagi hingga 3 petang.
Imam Tua Masjid Razaleigh Othman Saufi berkata misi utama program tersebut untuk membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan yang baharu Ahad nanti.
“Ini merupakan julung kali program seperti ini diadakan sebagai inisiatif bagi membantu ibu bapa terutama mereka mempunyai anak ramai, dan bertujuan merapatkan silaturahim antara pengurusan masjid dan masyarakat setempat serta menjadikan pusat ibadat ini sebagai pusat khidmat sosial.
“Kebiasaannya, kos untuk gunting rambut kanak-kanak dan remaja di kedai adalah RM7 ke atas, tetapi mereka diberikan perkhidmatan percuma melalui program ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Tengku Razaleigh di sini.
Menurut beliau, selain menggunting rambut percuma pihak masjid turut mengadakan Program Khatan secara percuma kepada lebih 100 kanak-kanak sebagai sumbangan kebajikan baru-baru ini.
Pemilik kedai gunting rambut Wan Mohamad Faizal Wan Mat @ Wan Nawi, 30, berkata lima kakitangan ditugaskan bagi memastikan proses menunggu giliran setelah mendaftar tidak memakan masa lama.
“Tempoh menggunting bagi setiap peserta tidak lebih daripada 10 minit, dan sebanyak lima kaunter dibuka untuk melancarkan proses peserta menunggu dan menggunting rambut mengikut pilihan mereka sendiri,” katanya.
Sementara itu, bapa peserta Wan Muhammad Muzaffar Wan Azmi, 36, turut tidak melepaskan peluang membawa dua anaknya berusia enam dan lapan tahun mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma tersebut.
“Terima kasih kepada pihak masjid yang memahami bebanan ibu bapa terutamanya mempunyai anak ramai. Program seperti ini sangat membantu kami ibu bapa B40 yang rata-ratanya berpendapatan rendah serta berdepan kos hidup tinggi ketika ini.
“Mujurlah ada khidmat gunting percuma kerana dapat membantu ringankan beban kami yang sebelum ini telah membelanjakan wang untuk pakaian sekolah dan buku,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager