2024 FOKUS PEMBANGUNAN EKONOMI, PASTIKAN MALAYSIA KEMBALI DISEGANI
Perdana Menteri berkata bagi merealisasikannya, Kabinet telah menetapkan beberapa perkara dalam aspek pembangunan ekonomi untuk diberi penekanan dan dilaksanakan pada tahun ini termasuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan negara dalam semua bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebudayaan.
KUALA LUMPUR: Pembangunan ekonomi dan menggalakkan pelaburan menjadi fokus kerajaan MADANI dalam mengembalikan status Malaysia sebagai sebuah negara disegani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata bagi merealisasikannya, Kabinet telah menetapkan beberapa perkara dalam aspek pembangunan ekonomi untuk diberi penekanan dan dilaksanakan pada tahun ini termasuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan negara dalam semua bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebudayaan.
“Dengan kestabilan politik dan kerajaan MADANI yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang.
“Bagi 2024 ini, Kabinet sangat fokus untuk memastikan semua tumpuan itu dilaksanakan agar Malaysia kembali menjadi negara yang hebat dan disegani di rantau ini,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di dewan KLSCAH di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Anwar berkata dengan kekuatan penyatuan setiap kaum di negara ini, beliau yakin semua pihak akan terus berperanan menjayakan hasrat meningkatkan kemajuan negara, sekali gus menjadikan Malaysia kembali sebagai sebuah negara hebat di rantau ini.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan Malaysia – China yang kini pada tahap strategik dan membanggakan, mampu membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini, malah hubungan baik kedua-dua negara akan terus dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat.
“Kita gunakan sejarah panjang hubungan Malaysia – China untuk tunjukkan ia merupakan hubungan yang aman dan sekarang kita tumpu hubungan ekonomi.
“Seperti yang kita sebut, China antara negara utama yang melabur dalam sektor ekonomi di negara ini dan sekarang kita terus kembangkan hubungan itu meliputi bidang pendidikan, kebudayaan, kerjasama antara universiti serta dengan syarikat-syarikat besar negara terbabit,” katanya.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan KLSCAH atas kerjasama dan dukungan berterusan yang diberikan kepada kerajaan dan dirinya sejak beliau aktif dalam gerakan mahasiswa sehingga era reformasi pada 90-an.
Menyifatkan kerjasama itu sebagai luar biasa, Perdana Menteri berkata KLSCAH sentiasa ada ketika diperlukan dan kini menyokong penuh usaha kerajaan membangunkan ekonomi serta menentang amalan rasuah.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada KLSCAH yang terus beri sokongan terhadap usaha perangi rasuah yang saya sebut sebagai kesalahan besar di dalam negara yang harus dihentikan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager