40 AHLI PARLIMEN BN SOKONG KERAJAAN PN – TPM

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 ahli Parlimen BN.

“Menjunjung kasih akan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin,” dalam kenyataannya.

Jelasnya, ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Baginda untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.—AlHijrah Online

Leave a Reply