Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PEMAIN BADMINTON KEBANGSAAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS PEMAIN BADMINTON KEBANGSAAN MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan, Abdul Rahman Mohamad meninggal dunia, semalam.

Pemakluman tersebut disahkan menerusi akaun Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam kenyataan BAM, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada jam 5.53 petang semalam.

“Jasa serta sumbangan Allahyarham dalam arena badminton kebangsaan pasti akan terus dikenang. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Abdul Rahman dilahirkan pada tanggal 9 Mei 1946, yang juga anggota skuad Piala Thomas 1970, turun selaku perseorangan kedua selepas mendiang Datuk Punch Gunalan pada perlawanan akhir edisi kelapan kejohanan berprestij itu menentang Indonesia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading