Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

7 RAKYAT PALESTIN CEDERA KETIKA TENTERA ISRAEL SERBU BANDAR NABLUS

DALAM NEGARA

7 RAKYAT PALESTIN CEDERA KETIKA TENTERA ISRAEL SERBU BANDAR NABLUS

Tentera Israel berulang kali melakukan serbuan ke bandar itu untuk mencari anggota kumpulan bersenjata yang dikenali sebagai Lions’ Den. 

Orang ramai di hospital Rafidia mengerumuni jurugambar Palestin, Hasan Qamhia selepas cedera semasa pencerobohan tentera Israel ke Kota Lama Nablus, di Tebing Barat hari ini. –fotoAFP

NABLUS: Tujuh rakyat Palestin cedera akibat terkena tembakan tentera Israel di bandar Nablus Tebing Barat pada Khamis, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, TV Palestin melaporkan tentera Israel menahan empat rakyat Palestin semasa operasi ketenteraannya di bandar Nablus.

Pada Khamis, tentera Israel cuba memasuki Nablus dari beberapa pintu masuk, menurut saksi.

Tentera Israel berulang kali melakukan serbuan ke bandar itu untuk mencari anggota kumpulan bersenjata yang dikenali sebagai Lions’ Den. 

Israel menyalahkan kumpulan itu kerana menyasarkan serangan ke atas Israel termasuk menyebabkan kematian seorang askar Israel pada Oktober tahun lalu.

Terdahulu, seorang warga Palestin dilaporkan maut akibat ditembak ketika tentera Israel menyerbu kem pelarian Balata, di utara Baitulmaqdis. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading