Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ADUN BAWA MASUK AYAM KETIKA BERSIDANG

DALAM NEGARA

ADUN BAWA MASUK AYAM KETIKA BERSIDANG

Ipoh: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini agak kecoh apabila Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membawa ayam segar ketika berbahas berkaitan harga barang keperluan asas.

Menurut Muhamad Arafat, dia bertindak demikian dan menunjukkan ayam itu kepada wakil rakyat lain kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

ADUN Hulu Kinta terbabit turut membawa resit bagi membuktikan harga ayam itu yang dibeli di salah satu kawasan di Perak mencecah harga lebih RM10.

Beliau pada masa yang sama meminta exco berkaitan untuk mengambil tindakan berhubung isu tersebut. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading