Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA TENTERA MAUT, BAYI SETAHUN CEDERA PARAH

DALAM NEGARA

ANGGOTA TENTERA MAUT, BAYI SETAHUN CEDERA PARAH

Sumber Gambar: JBPM

TAIPING: Seorang wanita maut manakala bayinya berusia setahun cedera parah selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 209.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, malam tadi.

Mangsa, Norfatiha Mohd Zaini, 28, yang merupakan anggota tentera di Kor Perkhidmatan Diraja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut turut menyebabkan dua lagi anaknya iaitu Nur Jannatul Husna, 6, dan Muhammad Iman Rizky, 3, mengalami kecederaan.

Ketiga-tiga beradik itu telah dihantar ke Hospital Taiping untuk dirawat.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, kenderaan jenis Proton Saga FLX yang dipandu mangsa dari arah Sungai Petani ke Ipoh itu dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, pemandu tersebut mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading