AGENSI TAWAR PAKEJ ‘TRIP NIKAH DI THAILAND’ BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG – MOHD NA’IM
KUALA LUMPUR: Agensi yang menawarkan pakej “Trip Nikah di Thailand” boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah Madani Di Bawah Produk myWaqafPTPTN hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Agensi yang menawarkan pakej “Trip Nikah di Thailand” boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata ini kerana ia bertentangan dengan peraturan dan peruntukan undang-undang negara ini.
“Dalam perkahwinan itu, katakanlah mereka kahwin di Thailand, cukup syarat nikah dia, rukun dia, wali ada dan saksi pun ada, perkahwinan itu sah daripada sudut hukum.
“Tetapi ia bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara kita. Sebab itu, kita nak lahirkan umat Islam yang bukan sahaja patuh kepada hukum, pada masa sama rakyat yang mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tawaran ‘Trip Nikah di Thailand’ yang menawarkan khidmat nikah dulu bayar kemudian yang tular di TikTok baru-baru ini.
Di dalam hantaran video itu, pasangan dari Malaysia yang berminat mengambil pakej berkahwin di Thailand itu hanya perlu membayar caj serendah RM1,699 sahaja.
Mohd Na’im turut menggesa agar orang ramai tidak terpengaruh dengan promosi atau pakej pernikahan yang disediakan oleh agensi pelancongan yang didakwa telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Sebab peraturan sebenarnya untuk melindungi, membina hak semua pihak secara adil. Jadi saya syorkan kepada masyarakat luar hati-hati dengan media sosial promosi itu… bimbang lagi teruk kena scam.
“Disebabkan nak cepat nikah, tahu-tahu kena scam. Orang sekarang nak cepat buat duit, akhirnya nikah entah ke mana, duit pun hilang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im memaklumkan kos haji akan diumumkan setelah beliau bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.
“Bila kos haji itu saya umumkan, kita akan mula agihkan surat-surat kepada mereka yang layak untuk pergi haji, Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Menteri Agama itu merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Al-Falah MADANI di bawah produk ‘myWaqafPTPTN’, anjuran YWM bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager