PINDAAN KANUN KESEKSAAN TANGANI ISU BULI DALAM TALIAN DIBENTANGKAN DI DEWAN RAKYAT
Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 bagi menangani secara khusus isu buli yang dilakukan dalam apa-apa cara atau kaedah termasuk dalam talian, dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 bagi menangani secara khusus isu buli yang dilakukan dalam apa-apa cara atau kaedah termasuk dalam talian, dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan bacaan kali kedua RUU itu akan dibuat pada mesyuarat kali ini.
Menerusi RUU itu, subseksyen baharu 507D(2) dicadangkan bertujuan menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang dalam apa-apa cara yang menggunakan perkataan atau komunikasi mengugut, menghina atau mencela dengan niat memprovokasi seseorang dan menyebabkan kemudaratan kepada dirinya atau kepada orang lain.
Subseksyen itu memperuntukkan hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga setahun atau denda atau kedua-duanya.
Subseksyen itu juga memperuntukkan bahawa jika orang yang diprovokasi cuba untuk membunuh diri atau membunuh diri akibat provokasi itu, hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan ialah pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
RUU itu turut mencadangkan subseksyen baharu 507E untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang dan melalui apa-apa kaedah menyiarkan, mengedarkan atau menjadikan tersedia apa-apa maklumat identiti seseorang dengan niat menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan terhadapnya.
Dalam pada itu, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 bagi bacaan kali pertama. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked