Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA KEKAL TEGUH BERSAMA PALESTIN – AHMAD ZAHID

DALAM NEGARA

MALAYSIA KEKAL TEGUH BERSAMA PALESTIN – AHMAD ZAHID

Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka serta membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka serta membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian itu dizahirkan beliau dalam majlis makan malam dianjurkan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, semalam. 

“Saya turut mengambil kesempatan untuk terus menzahirkan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin yang selama ini menghadapi pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman.

“Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha untuk mencapai keamanan dan keadilan di bumi Palestin dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam hantaran di media sosial. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading