Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR BUKAN PESTA AIR, PANTAU PERGERAKAN ANAK

DALAM NEGARA

BANJIR BUKAN PESTA AIR, PANTAU PERGERAKAN ANAK

KUANTAN: Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali menganggap banjir sebagai satu pesta, sebaliknya perlu sentiasa mengutamakan keselamatan termasuk peka kepada perubahan cuaca, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Gambar hiasan. — Bernama

KUANTAN: Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali menganggap banjir sebagai satu pesta, sebaliknya perlu sentiasa mengutamakan keselamatan termasuk peka kepada perubahan cuaca, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Beliau berkata bahaya banjir tidak boleh dipandang ringan dan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak memandangkan cuaca tidak menentu ketika ini termasuk hujan lebat berterusan yang menyebabkan kawasan berhampiran sungai mudah dinaiki air.

“Anak kecil tidak seharusnya dibenarkan bermain banjir walaupun cetek kerana risiko untuk hanyut adalah tinggi. Jika ada ahli keluarga yang uzur atau warga emas, jangan tunggu hingga ke saat akhir untuk memindahkan mereka ke tempat selamat. 

“Orang ramai juga perlu sentiasa peka dengan amaran banjir pihak berkuasa, pastikan semua suis elektrik dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini. 

Beliau juga menasihati penduduk di kawasan terjejas supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila diarahkan serta memastikan rumah dikunci dan dokumen penting disimpan di tempat tinggi. 

“Mangsa diminta menghubungi pihak berkuasa sekiranya terperangkap dalam banjir dengan melaporkan keadaan dan lokasi,” katanya sambil memaklumkan IPD Kuantan boleh dihubungi di talian 09-5652089 untuk sebarang pertanyaan. 

Pahang kembali dilanda banjir apabila empat PPS dibuka di daerah Maran awal pagi tadi, menempatkan 52 mangsa daripada 12 keluarga daripada Kampung Ulu Luit, Kampung Luit, Kampung Bukit Kuin dan Kampung Paya Chedong.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading