AGONG BERKENAN LANCAR TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN EDISI RUMI BAHARU
Antara kelebihan cetakan terbaharu itu ialah ia merupakan satu-satunya kitab tafsir yang lengkap diterbitkan oleh JAKIM, karya terjemahan oleh penulis tempatan yang berkelayakan dan diiktiraf, serta saiz yang lebih besar dan mesra pembaca berbanding versi asal.
KUALA KUBU BHARU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melancarkan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu hari ini.
Pelancaran kitab itu disempurnakan Al-Sultan Abdullah dalam Majlis Lawatan Kerja baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini.
JAKIM dan Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd dalam kenyataan bersama memaklumkan antara kelebihan cetakan terbaharu itu ialah ia merupakan satu-satunya kitab tafsir yang lengkap diterbitkan oleh JAKIM, karya terjemahan oleh penulis tempatan yang berkelayakan dan diiktiraf, serta saiz yang lebih besar dan mesra pembaca berbanding versi asal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad ketika menyampaikan sembah ucapan aluan berkata sesuai dengan perkembangan zaman tanpa mengabaikan teras-teras dalam ilmu tafsir serta tadabbur al-Quran serta berpandukan pandangan alim ulama dalam negara sebagai rujukan, kitab itu sewajarnya diangkat menjadi rujukan rasmi umat Islam di Malaysia.
“Semoga umat Islam di negara in akan terus memahami serta menghayati ayat-ayat al-Quran melalui penerbitan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu ini,” katanya.
Sumber Gambar: BERNAMA
Terdahulu, pasangan diraja itu berangkat tiba di institut pengajian al-Quran berkenaan pada 9 pagi diiringi Idris dan Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Majlis lawatan itu dimulakan dengan bacaan al-Quran, disusuli sembah ucapan aluan oleh Idris, diikuti sembah taklimat Pengarah Darul Quran Mohamad Kori Jusoh, persembahan nasyid dan pelancaran tafsir pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu oleh Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan melawat bilik kuliah dan beramah mesra dengan kakitangan serta pelajar institut pengajian itu, sebelum berkenan mengurniakan sumbangan kepada 20 pelajar Darul Quran JAKIM daripada golongan asnaf.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.