AGONG MAHU MAHASISWA, GENERASI MUDA DIBEKAL ILMU HADAPI KETIDAKTENTUAN MASA HADAPAN
Baginda bertitah bahawa mereka perlu mahir menggunakan teknologi terkini yang bukan sahaja untuk tujuan bersosial, malah bagi membuka ruang dan mencipta masa hadapan yang gemilang buat negara serta diri sendiri.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar bersama para graduan sebelum berangkat pulang dari Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar mahasiswa dan generasi muda negara dibekalkan dengan ilmu serta pendidikan dalam menghadapi ketidaktentuan masa depan.
Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah bahawa mereka perlu mahir menggunakan teknologi terkini yang bukan sahaja untuk tujuan bersosial, malah bagi membuka ruang dan mencipta masa hadapan yang gemilang buat negara serta diri sendiri.
“Ilmu yang diraih akan membolehkan anak muda mengenali antara kebaikan dan kemungkaran. Ilmu yang diraih juga boleh mencipta kesejahteraan sejagat.
“Beta yakin apabila ramai rakyat Malaysia yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan, kita akan menjadi lebih bijaksana dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di sini hari ini.
Turut berangkat ke istiadat tersebut adalah Pro-Canselor UiTM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Baginda bertitah bahawa dunia tidak akan berubah tanpa perkembangan ilmu dan maruah serta harga diri seorang manusia adalah berkaitan dengan ilmu yang dimilikinya.
“Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat ke-11 bermaksud ‘nescaya Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang yang berilmu beberapa darjat’.
“Kerana itu, pembangunan dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa sentiasa dihubung kait dan dibatasi dengan tahap penguasaan ilmu serta pendidikan dalam kalangan masyarakat,” titah baginda.
Jelas baginda, amat bertepatan pendidikan dijadikan sebagai agenda utama negara yang wajib diperkasa sesuai mengikut peredaran masa dan zaman.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr Normah Omar yang merupakan pengasas Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM.
“Beliau telah mencipta nama menerusi kepakaran dalam bidang integriti korporat, tadbir urus dan kriminologi kewangan Islam.
“Maka tidak hairan beliau telah banyak terlibat dengan pelbagai agensi kerajaan, badan profesional dan korporat sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam membangunkan sistem penarafan tadbir urus dan integriti korporat.
“Penganugerahan ini adalah bertepatan dengan kepakaran dan sumbangan beliau kepada UiTM dan negara. Beta menzahirkan ucapan tahniah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus itu,” titah baginda.
Istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung secara bersemuka bermula hari ini hingga 29 Sept depan melibatkan 23,359 graduan di tiga kampus UiTM iaitu Shah Alam serta cawangan Sarawak dan Sabah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager