Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG SELESAI JALANI RAWATAN, PULANG BERSEMAYAM DALAM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

AGONG SELESAI JALANI RAWATAN, PULANG BERSEMAYAM DALAM MASA TERDEKAT

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selesai menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September 2020 (Isnin) dan rawatan intervensi pula dilakukan susulan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada 22 September 2020 (Selasa) yang telah menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh baginda ketika bersukan.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September (Khamis).

“Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan. Ekoran daripada rawatan intervensi ini, baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan pakar perubatan IJN,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini.

Selain itu katanya Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading