Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MYSEJAHTERA PERJELAS KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER

DALAM NEGARA

MYSEJAHTERA PERJELAS KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER

CONTOH AMARAN YANG DIBERIKAN DALAM FUNGSI ‘HOTSPOT TRACKER’ DI APLIKASI MYSEJAHTERA APABILA LOKASI CARIAN (LAHAD DATU) ADA POTENSI PENYEBARAN VIRUS

KUALA LUMPUR: Susulan laporan pengesanan kes positif di beberapa pusat membeli-belah terkemuka negara, ada pihak bertanyakan berhubung kegunaan ‘Hotspot Tracker’ di aplikasi MySejahtera.

Oleh itu pengendali MySejahtera tampil berkongsikan bagaimana sesuatu kawasan itu diletakkan sebagai kawasan yang mempunyai kes atau sebaliknya.

“Untuk makluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

CONTOH AMARAN YANG DIBERIKAN DALAM FUNGSI ‘HOTSPOT TRACKER’ DI APLIKASI MYSEJAHTERA APABILA LOKASI CARIAN (KOTA SETAR) ADA POTENSI PENYEBARAN VIRUS

“Oleh itu, kesemua pusat membeli-belah (NU Sentral, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Linc KL) bukan merupakan punca jangkitan mahupun ada potensi penyebaran virus COVID-19,” jelas kenyataan MySejahtera yang dimuat naik di Twitter rasmi KKM.

CONTOH MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DALAM FUNGSI ‘HOTSPOT TRACKER’ DI APLIKASI MYSEJAHTERA APABILA LOKASI CARIAN (NU SENTRAL) BELUM MEMPUNYAI POTENSI JANGKITAN

Pengendali MySejahtera turut menyampaikan penghargaan kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi tersebut dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes COVID-19 di sekitar mereka.

Orang ramai juga diminta untuk hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading