BATU GAJAH: Walaupun berada di sebalik ‘tirai besi’, semangat Fifi (bukan nama sebenar), 33, dan rakan tahanan lain menghasilkan biskut raya tetap berkobar-kobar, biarpun mereka sendiri tidak dapat beraya bersama keluarga pada Aidilfitri yang bakal diraikan minggu depan.
‘Air tangan’ Fifi serta rakan yang lain iaituAlmond Crunchy, Swiss Strawberry, Chocolate Chip, Onde-onde Gula Melaka, Tart Nenas, Pot Nutella, Rainbow Delight dan Swiss Nutella berkualiti dan tidak kurang enaknya berbanding biskut lain di pasaran.
Fifi adalah antara lima tahanan wanita di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah yang sedang mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SDLN) di bengkel pastri dan menghasilkan biskut raya antara projek tahanan terlibat sejak 2017.
Sumber Gambar: BERNAMA
Seawal 8 pagi kerja-kerja membuat biskut telah dimulakan daripada mengadun, mencetak dan menyusun di dalam balang dilakukan sendiri oleh tahanan sambil dipantau dan menerima latihan daripada pegawai.
Menurut Pengarah PPA Batu Gajah Penolong Komisioner Penjara S.Tanabal pada tahun ini sahaja sebanyak 1,900 balang biskut raya ditempah dan telah habis dijual di galeri ibu pejabat penjara di Kajang.
“Kita juga menerima tempahan dari petugas-petugas dalaman serta dijual kepada awam di Galeri Jualan Seksyen Vokasional dan Industri yang boleh didapati di PPA ini, biskut raya dari PPA Batu Gajah adalah antara produk terkenal dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Tanabal berkata biskut tersebut dijual pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran dan setakat ini lebih 5,000 balang telah dijual.
Beliau berkata selain membuat pastri, sijil kemahiran lain yang ditawarkan kepada tahanan ialah menjahit baju, pertukangan kayu dan pertukangan rotan.
“Ini adalah antara program bagi melengkapkan tahanan dengan kemahiran iaitu apabila mereka keluar nanti mereka menggunakan kemahiran mereka ini untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
“Ia juga bertepatan dengan Reformasi Koreksional Membangun Peradaban, Bold, Brave & Radical,” katanya.
Sumber Gambar: BERNAMA
Selain kemahiran katanya penghuni wanita juga diberi latihan pengurusan spa kecantikan secara bersemuka di luar premis penjara, Spa My Pride.
Spa tersebut menyediakan pelbagai khidmat urutan kecantikan dan rawatan wajah dibuka untuk kunjungan orang awam secara tempahan awal.
PPA Batu Gajah kini menempatkan 499 tahanan terdiri daripada Orang Tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985) dengan tempoh tahanan sehingga dua tahun.
Merupakan satu-satunya PPA yang menempatkan tahanan wanita, PPA Batu Gajah yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Henry Gurney Wanita kini menempatkan 41 tahanan.
Jualan semua produk hasil tangan penghuni boleh didapati di Galeri Jualan Vokasional Industri di pekarangan premis PPA Batu Gajah dan bagi sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi pusat itu di talian 05-3632255.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked