AKTIVITI ‘DINE-IN’ DI SARAWAK DITARIK SERTA MERTA

KUCHING: Sarawak menarik semula kebenaran ‘dine-in’ di restoran serta merta selepas terdapat kes positif COVID-19 membabitkan varian Delta dikesan di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko selain menambah baik garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu.

“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) akan mengkaji semula SOP dine-in di premis makanan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Buat sementara waktu dine-in tidak dibenarkan sehingga SOP terkini dikeluarkan oleh MLGH,” katanya.

Sebelum ini, Sarawak membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di restoran di negeri tersebut selepas berjaya beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula 14 Julai.—AlHijrah Online

Leave a Reply