Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CURI KABEL TNB MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

LELAKI CURI KABEL TNB MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut sewaktu menerima rawatan selepas terkena renjatan elektrik ketika hendak mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kilang di Batu Tiga, Shah Alam.

Ketua Polis Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 46 tahun sebelum ini ditemui masih hidup oleh jurutera TNB yang membuat lawatan di pencawang tersebut selepas pihaknya mendapat aduan gangguan bekalan elektrik di lokasi berkenaan.

Menurutnya, kilang tersebut tidak beroperasi ketika suspek memecah masuk dengan memotong pagar disyaki untuk mencuri kabel.

Mangsa dilapor terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan kerosakan fius dan kabel yang menyebabkan kerugian mencecah RM60,000.

“Pada Isnin lalu, sekitar jam 8.55 malam, pihak hospital mengesahkan suspek meninggal dunia semasa menerima rawatan disebabkan ‘second degree burn’ hampir 60 peratus dan disahkan positif COVID-19,” katanya hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah harta benda dan tujuh kesalahan berkaitan dadah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading