AKTIVITI DRON SEMAKIN MENINGKAT DI RUANG UDARA KAPAL GSF
Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya selepas menerima laporan terdapat peningkatan aktiviti dron di ruang udara kawasan misi.
KUALA LUMPUR: Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya selepas menerima laporan terdapat peningkatan aktiviti dron di ruang udara kawasan misi.
Sumud Nusantara menerusi hantaran di platform media sosial memaklumkan situasi itu menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi oleh para peserta misi kemanusiaan berkenaan.
“Kapal flotila telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotila terdahulu pernah diserang atau dipintas.
“Beberapa laporan awal juga mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, GSF menerusi kenyataan di Instagram memaklumkan bahawa kapal-kapal misi kini berada kurang daripada 145 batu nautika dari wilayah Gaza dan telah memasuki zon berisiko tinggi.
“Semakin kami menghampiri Gaza, kami kekal waspada ketika memasuki kawasan di mana flotila-flotila sebelum ini telah dipintas dan/atau diserang.
“Teruskan fokus anda terhadap misi ini. Tumpukan perhatian anda kepada Gaza. Kami akan terus belayar tanpa rasa gentar dengan ancaman dan taktik Israel untuk menakut-nakutkan kami,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang merupakan sebahagian aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.
Flotila berkenaan sebelum ini berdepan pelbagai rintangan termasuk serangan dron.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked