Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK TIKAM IBU SEMASA SOLAT SUNAT TARAWIH

DALAM NEGARA

ANAK TIKAM IBU SEMASA SOLAT SUNAT TARAWIH

Gambar sekadar hiasan.

KEPALA BATAS: Seorang lelaki ditahan selepas melakukan cubaan menikam ibunya semasa menunaikan solat sunat tarawih dengan menggunakan pisau, di Taman Orkid Permai, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, polis mendapat panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu ibunya ditikam abang kandungnya.

Suspek berusia 29 tahun telah ditahan semasa di lokasi kejadian selepas sekumpulan anggota polis dihantar ke sana

“Suspek masih bujang dan tidak bekerja. Ujian saringan air kencing suspek positif dadah namun dia tiada rekod jenayah lampau.

“Kita merampas dua bilah pisau daripada suspek iaitu 31 dan 27 sentimeter panjang berhulu plastik warna hitam,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa berusia 56 tahun mengalami kecederaan di tangan kirinya akibat mengelak daripada ditikam suspek.

“Dia stabil ketika dibawa ke Hospital Kepala Batas dan telah menerima 10 jahitan pada kecederaannya itu. Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat tarawih bersama suaminya di ruang tamu sebelum didatangi suspek.

“Suspek tiba-tiba meluru keluar dari biliknya dengan memegang dua bilah pisau lalu menghala ke arah ibu dan bapanya. Bapanya sempat menolak suspek namun pisau tersebut terkena pada tangan ibunya,” katanya.

Noorzainy mengulas lanjut, mangsa memaklumkan bahawa suspek mengalami masalah mental sejak 2016 dan masih menerima rawatan sehingga kini.

“Suspek sudah lebih setahun berkurung di dalam bilik tanpa bercakap dengan sesiapa. Sebelum ini, suspek tidak pernah bertindak agresif terhadap ahli keluarganya,” katanya.

Suspek dihantar ke Hospital Jalan Perak, Georgetown bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading