Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA PENGAMAN MAUT HELIKOPTER TERHEMPAS

DUNIA

ANGGOTA PENGAMAN MAUT HELIKOPTER TERHEMPAS

GAMBAR HIASAN TRTWORLD.COM

SINAI, MESIR: Sebuah helikopter yang membawa sembilan anggota pengaman dilaporkan terhempas di padang pasir Sinai, di wilayah Mesir.

Nahas di lokasi yang bersempadan dengan negara haram Israel itu menyebabkan lapan anggota pengaman tersebut maut manakala seorang lagi anggota yang merupakan rakyat Amerika Syarikat terselamat dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Israel.

Dilaporkan mangsa terkorban merupakan pasukan pemantau pelbagai negara iaitu enam daripadanya merupakan rakyat Amerika Syarikat manakala dua lagi mangsa masing-masing merupakan warganegara Perancis dan Czech.

Insiden itu berlaku lewat petang semalam waktu tempatan dan setakat ini pihak berkuasa Mesir serta Israel memaklumkan tragedi itu berlaku ekoran kegagalan teknikal helikopter berkenaan dan tiada tanda berlaku sebarang serangan.

Punca nahas masih disiasat Pasukan Pemantau Multinasional (MFO) yang merupakan pemilik helikopter terbabit. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading